Star Q
Dalam sekelip mata sahaja waktu kokurikulum untuk SMKTAR telah diubah lagi. Selain daripada perubahan dalam struktur organisasi, beberapa persatuan juga turut dibubarkan tanpa pengetahuan pelajar yang pernah menjadi AJK. Semua ahli persatuan yang telah dibubarkan berada dalam keadaan serba-salah kerana mereka dipaksa untuk menyertai kelab dan persatuan lain yang tidak mereka minati. Tambahan pula, peluang mereka untuk memegang apa-apa jawatan dalam AJK hanya tinggal impian kerana mesyuarat agung telah dijalankan minggu lepas.