Isnin, 27 Mei 2013

Selesai Semester 2 2012/2013

Star Q
iii.  The Relief


Peperiksaan STPM Semester Kedua untuk para pelajar Pra-Universiti ambilan 2012/2013 telah pun tamat dengan rasminya pada hari Khamis, 23hb Mei 2013.  Peperiksaan yang bermula pada hari Isnin, 20hb Mei 2013 telah berlangsung di Dewan Al-Ghazali SMK Tuanku Abdul Rahman selama empat hari.

Selesai sahaja peperiksaan tersebut pada hari keempat, para pelajar Tingkatan 6 SBP2 telah mengadakan majlis sambutan hari lahir untuk salah seorang daripada rakan mereka.  Bagi pelajar yang penulis kenali sebagai 'Ketupat Rendang' ini, semoga beliau akan berjaya dalam kesemua peperiksaan STPM  seterusnya berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.  Doa yang sama buat semua para pelajar pra-universiti kesayangan.  Aamiin.

Selasa, 7 Mei 2013

Minggu Orientasi Pelajar Pra-U Sesi 2013/2014

Star Q

Hari ini bermula hari pertama Minggu Orientasi Pelajar Pra-Universiti sesi 2013/2014 SMK Tuanku Abdul Rahman.  Program yang bermula hari ini (8hb Mei 2013) akan berakhir pada hari Rabu hadapan 15hb Mei 2013.  Program hari ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar, diikuti dengan taklimat oleh Pengetua SMKTAR diikuti dengan sebuah lagi taklimat oleh GPK Tingkatan 6, En. Mohd Yusof bin Bujai.