Isnin, 9 Mei 2011

Form 6 - 2011/2012! Welcome to STAR!


Hari ini merupakan hari pertama pelajar-pelajar baru tingkatan 6 mendaftarkan diri untuk sesi persekolahan 2011/2011.  Gambar di atas menunjukkan guru-guru yang bertugas semasa pendaftaran yang dijalankan pada jam 9.00 pagi, 9hb Mei 2011.  Guru-guru yang bertugas termasuklah Pn Zaini bt Mohd Yusop, Pn Siti Helena binti Malawi dan Pn Hjh. Mariya bt Ismaon.


Mengikut makluman terkini dari pihak Kaunseling SMK Tuanku Abdul Rahman, seramai 62 orang telah mendaftar untuk memasukki tingkatan 6.  Jumlah ini adalah kurang dari lima puluh peratus bilangan pelajar yang nama mereka disenaraikan ke SMK Tuanku Abdul Rahman.  Angka yang dikirimkan oleh JPNS ialah seramai 200 orang.


Para pelajar yang mendaftar diminta membawa salinan-salinan sijil mereka, termasuklah sijil keputusan SPM dan sijil Kokurikulum mereka sewaktu tingkatan 5.


Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman semasa mengalu-alukan kedatangan pelajar baru tingkatan 6, mengingkan mereka bahawa, walaupun mereka asalnya pelajar SMK Gemas, SMK Bukit Jalor, SMK Pasir Besar atau pun SMK Jelai (Felda), mereka kini harus merasa bangga dan menganggap diri mereka kini sebagai pelajar SMK Tuanku Abdul Rahman.

Untuk mereka, sekali selamat datang ke STAR dan semoga anda memberi sumbangan bermakna ke sekolah anda dan akan berjaya di dalam apa yang anda cita-citakan, khususnya STPM yang akan anda duduki tahun hadapan!

2 ulasan:

  1. Hari ini, 11hb Mei 2011, seramai 18 orang lagi pelajar baru Tingkatan 6 Rendah mendaftar di SMKTAR, menjadikan bilangan pelajar seramai 80 orang semuanya. Insya Allah, bilangan ini akan bertambah lagi. Tetapi, tidak dinafikan, mungkin akan ada juga dalam kalangan mereka yang akan keluar dalam masa terdekat sekiranya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di mana-mana IPT.

    BalasPadam
  2. TAHUN NIE PELAJAR LOWER 6 LEBIH RAMAI BERBANDING PELAJAR UPPER 6... RASA TERGUGAT... BUT WELCOME TO THE STAR!!! STUDY SMART NOT STUDY HARD....

    BalasPadam