Rabu, 30 Januari 2013

Pertandingan Melukis Banner Sempena Maulidur Rasul

Star Q


Bertempat di Dewan Terbuka SMK Tuanku Abdul Rahman, Rabu 20hb Januari 2013, satu pertandingan melukis sepanduk sempena sambutan Maulidur Rasul telah di adakan.  Pertandingan ini merupakan satu daripada beberapa acara yang telah diatur oleh Panitia Pendidikan Islam dalam menjayakan sambutan tersebut.

Dalam pertandingan ini, setiap Kelab dan Persatuan diminta menghantar lima orang peserta untuk mengambil bahagian.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan kain, warna, berus dan surat khabar yang mencukupi untuk menyiapkan tugasan mereka.

Pelajar Pra-U juga tidak ketinggalkan menyahut cabaran melukis sepanduk ini.  Kepada yang telah mengambil bahagian, tahniah diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan