Sabtu, 2 Februari 2013

Sambutan Maulidur Rasul

Star Q


Pada hari Jumaat 1hb Januari 2013, warga Islam SMK Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul.  Acara ini adalah kesinambungan dari pertandingan melukis banner sempena Maulidur Rasul yang diadakan pada hari sebelumnya.  Banner tersebut telah dijadikan sepanduk semasa perarakan yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.


Program sambutan Maulidur Rasul dipenuhi juga dengan sebuah ceramah yang telah disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan.  Acara juga termasuk mengalu-alukan saudara baru iaitu salah seorang tenaga pengajar Pra-Universiti SMK Tuanku Abdul Rahman iaitu Saudara Azri bin Abdul Halim.

Program yang selesai pada sekitar 10 pagi itu disudahi dengan pemberian makanan kepada para pelajar, hasil sumbangan guru-guru dan para pelajar semasa bacaan Yaassin pada minggu lepas.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan