Rabu, 11 Januari 2012

Dari STAR ke KVG!


Pada 6hb Januari 2012 yang lalu, satu majlis perpisahan telah diadakan selepas Majlis Bacaan Yaasin.  Majlis perpisahan tersebut diadakan khusus untuk guru tingkatan enam kami, Puan Zubaidah Said yang bertukar ke SM King George V, Seremban.  Pertukaran yang sememangnya sudah lama beliau nantikan ini, bukanlah sesuatu yang memeranjatkan guru-guru tingkatan enam.

Namun, kami, guru-guru tingkatan enam hanya dapat mendoakan yang terbaik buat rakan kami ini, dan akan lebih gembira berada di Seremban, lebih-lebih lagi bila mengenangkan beliau tidak lagi perlu berjauhan dengan keluarga.  Kami juga berharap akan mendapat ganti yang sama cemerlang seperti beliau.

Terima kasih atas segala jasa budi, samada dari segi profesional atau sebagai sahabat.  Sekali lagi terima kasih dari kami.

Kokurikulum Pertama 2012


Entri pertama tahun ini mencatatkan mesyuarat-mesyuarat agung untuk kelab-kelab beruniform, persatuan dan kelab, rumah-rumah sukan dan kelab dan permainan.  Kesemua mesyuarat tersebut telah dijalankan dalam masa dua hari seperti berikut :

10hb Januari 2012  -  1.20 tengahari hingga 2.00 petang  - Mesyuarat agung untuk Pasukan Uniform
10hb Januari 2012  -  2.00 petang hingga 2.40 petang     -  Mesyuarat agung Kelab dan Persatuan

11hb Januari 2012  -  2.00 petang hingga 2.40 petang     -  Mesyuarat agung Sukan dan Permainan
11hb Januari 2012  -  2.40 petang hingga 3.20 petang     -  Mesyuarat agung Rumah-rumah Sukan

Kesemua mesyuarat agung untuk tingkatan enam telah mencatatkan kehadiran penuh oleh semua pelajar dan guru-guru tingkatan enam.  Semoga ini menjadi petanda baik bahawa semua aktiviti-aktiviti kokurikulum tingkatan enam semuanya akan berjalan dengan lancar dan berjaya, Insya Allah.