Star Q
Pada 23hb Januari 2014, Pengawasi SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas telah berpeluang mencuba blazer mengikut saiz badan masing-masing. Bermula tahun ini, para pengawas dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lima dan enam dimestikan memakai blazer sebagai salah satu daripada pakaian seragam.
Blazer ini mestilah dipakai pada setiap hari Isnin, iaitu pada hari perhimpunan rasmi sekolah diadakan. Selain daripada itu para pengawas juga perlu memakai blazer bila masa sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti rasmi (seperti majlis perpisahan, Bulan Bahasa dan sebagainya) samada di peringkat sekolah atau pun sebagai tuan rumah di peringkat sekolah mahupun negeri.
Blazer yang berharga RM100.00 setiap satu ini ditampung pembayarannya sebanyak empat puluh peratus oleh PIBG SMKTAR sementara bakinya sebanyak RM60.00 dibayar oleh pengawas sendiri.
Penulis merasakan adalah lebih menarik, rasmi dan ekslusif sekiranya satu logo, lencana atau 'school crest' dijahitkan pada kocek hadapan blazer tersebut bagi benar-benar menampakkan ianya blazer pengawas sekolah SMKTAR. Jika tidak, ianya hanya kelihatan seperti blazer biasa yang sesiapa sahaja boleh memilikinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan