Isnin, 13 Januari 2014

Perkhemahan Pengawas

Star Q


Petang ini 13hb Januari 2014, pada jam 3.00 petang, sekumpulan pengawas akan menuju ke Kem PLKN Asahan, Melaka untuk program Perkhemahan Pengawas yang bertujuan untuk meningkatkan jati diri serta semangat dan keyakinan mereka.  

Pihak sekolah dengan bantuan GPK Tingkatan 6, En. Yusof bin Bujai, telah mendapatkan khidmat dua buah bas PLKN sebagai pengangkutan pengawas ke sana dan kembali semula ke sekolah.  

Penulis hanya berkesempatan melihat kerja-kerja persediaan sebelum para pengawas pergi ke kem tersebut, di mana sekumpulan pelajar pra-universiti sibuk membantu beberapa orang guru untuk menyediakan lauk-pauk sebagai hidangan untuk para peserta perkhemahan.  Sesi memasak yang bermula pagi 13hb Januari 2014 itu turut diterajui oleh Ustazah Khairul Hana bt Ghazali, Pn Azian bt Shariff, Pn Rohaini Ahmad, Pn Hjh Aminah dan Pn Ruzaifah.

Menurut Pn Rohaini, penyediaan makanan terpaksa disediakan terlebih awal dengan menggunakan waktu PdP pelajar.  Ini adalah kerana, sekiranya semua kerja-kerja penyediaan makanan hendak dilakukan apabila telah sampai di kem (lebih kurang 4.00 petang) mereka mungkin tidak akan cukup masa untuk menyediakan minum petang dan seterusnya makan malam untuk para peserta perkhemahan.

Program perkhemahan ini akan tamat pada hari Rabu 15hb Januari 2014, yang juga merupakan cuti umum di Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Y.A.M. Tuan Besar Negeri Sembilan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan