Sabtu, 4 Januari 2014

Gotong-Royong Perdana & Hari Sarana Ibu-Bapa

Star Q

Sesi persekolahan 2014 baru sahaja dua hari bermula.  Namun sebagai sebuah sekolah yang sangat aktif dengan berbagai aktiviti, sebuah sesi gotong-royong perdana telah diadakan pada hari Sabtu 4hb Januari 2014.  Program ini turut dijalankan serentak dengan Program Hari Sarana Ibu-Bapa.

Program gotong-royong perdana adalah untuk membolehkan para guru serta pelajar membersihkan kelas masing-masing luar dari waktu pembelajaran demi untuk tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran.  Hari Sarana Ibu-Bapa turut diadakan serentak untuk membolehkan ibu-bapa turut sama menyumbang tenaga dalam usaha memembersihkan dan menceriakan kelas anak-anak mereka.

Walaupun kehadiran ibu-bapa kurang menggalakkan, diharap ia akan dapat membuka mata ibu-bapa lain untuk turut sama dalam usaha-usaha yang melibatkan anak-anak mereka.  Maaf juga dipohon kepada ibu-bapa yang hadir yang bertanyakan tentang surat pemberitahuan kepada mereka tentang program Sarana Ibu-Bapa ini.  In syaa Allah di masa akan datang, segala masalah teknikal akan cuba diatasi.

Bagi para pelajar pra-universiti yang sudah lebih matang dalam mengendalikan tugas gotong-royong membersih dan menceriakan kelas mereka sendiri, sudah pasti mereka tidak memerlukan kehadiran ibu-bapa mereka.  Selain dari sumbangan tenaga, para pensyarah pra-universiti juga tidak lupakan menyumbangkan sedikit kewangan untuk para pelajar membeli apa yang perlu bagi menambahkan lagi kecerian kelas masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan