Sabtu, 28 Julai 2012

A Day To Prove Their Worth

Star Q


Today (28th July 2012), the 2011/2012 batch of Pre-University students sat for the their Malaysia University English Test from 8.00 a.m. until 12.30 p.m.  The papers today consisted of the Listening, Reading and Writing Papers.  The Speaking test was done somewhere last month.

Isnin, 23 Julai 2012

Another Form 6 Cook-Off!

Star Q


It was another battle of the wannabe chefs of Pre-U students of SMKTAR (yet again!)   The cooking competition which was on July, 18 2012 was organised by the 'Pengajian Am' Club.   This time around, the theme was 'Afternoon Tea'!


The writer did not see creations of new recipes but the enthusiasm shown by the students (especially the boys!) was enough to make each and everyone of them, winners!

On another note, let's hope the committee for this Club will come up with more creative activities especially those that directly reflect the subject that the club represents!  Here's to hope :-)


Khamis, 12 Julai 2012

Kejohanan Olahraga 2012

Star Q


Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Tuanku Abdul Rahman telah berjalan dengan lancarnya pada tanggal 4hb Julai 2012.  Majlis kami telah diserikan dengan hujan yang turun sejak dari mula acara perbarisan lintas hormat oleh pasukan-pasukan perbarisan rumah sukan sehinggalah acara perbarisan tersebut tamat.

Rabu, 4 Julai 2012

Hari Koperasi 2012

Star Q


Hari Koperasi peringkat sekolah kami telah diadakan selama seminggu mulia dari 2hb Julai 2012 hingga 6hb Julai 2012.  Berbagai aktiviti telah disusun-atur oleh guru-guru Koperasi SMKTAR.  Antara aktiviti-aktiviti tersebut termasuklah pertandingan Congkak, Seremban, Gubahan dari Bahan Terbuang dan banyak lagi.


Namun, aktiviti hari Koperasi yang paling dinanti-nantikan oleh para pelajar (termasuk guru!) ialah hari Jualan oleh para pelajar sendiri.  Tahun ini menyaksikan agak ramai pelajar melibatkan diri dalam jualan kerana banyak gerai memenuhi kawasan kecil yang disediakan untuk aktiviti tersebut.


Pelajar Pra-U juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat usahawan mereka dengan membuka gerai menjual minuman sejuk dan ais-krim goreng.  Selain daripada gerai tersebut, terdapat juga gerai yang menjual makanan kudapan, kemeja-T dan tidak ketinggalan gerai Nasi Kerabu.

Semoga semangat memeriahkan Hari Koperasi ini akan terjemah kepada semangat pelajar untuk belajar.



Isnin, 2 Julai 2012

Perjumpaan Tiga Penjuru

Star Q


Pada 2hb Julai 2012, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru yang bertujuan untuk menyerahkan slip keputusan Peperiksaan pertengahan tahun para pelajar kepada ibu-bapa masing-masing.  Majlis itu juga memberi ruang kepada para ibu-bapa untuk bertanya kepada guru dan pihak sekolah tentang sebarang kemusykilan tentang pembelajaran anak-anak mereka serta aktiviti-aktiviti di sekolah.


Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu telah menyaksikan ramai ibu-bapa datang untuk mengambil slip keputusan anak-anak mereka sambil mendapat penerang tentang pencapaian anak-anak mereka.  Namun begitu, tidak dapat dinafikan, masih ada segelintir ibu-bapa yang tidak meluangkan sedikit masa untuk menguruskan perkara berkaitan persekolahan anak-anak mereka.

Penulis bersangka baik.  Mungkin ada sesuatu yang tidak memungkinkan mereka datang ke sekolah untuk mendapat maklum balas tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.  Mungkin pada masa hadapan, kesempatan itu akan muncul juga.