Isnin, 2 Julai 2012

Perjumpaan Tiga Penjuru

Star Q


Pada 2hb Julai 2012, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru yang bertujuan untuk menyerahkan slip keputusan Peperiksaan pertengahan tahun para pelajar kepada ibu-bapa masing-masing.  Majlis itu juga memberi ruang kepada para ibu-bapa untuk bertanya kepada guru dan pihak sekolah tentang sebarang kemusykilan tentang pembelajaran anak-anak mereka serta aktiviti-aktiviti di sekolah.


Majlis yang bermula pada jam 2.00 petang itu telah menyaksikan ramai ibu-bapa datang untuk mengambil slip keputusan anak-anak mereka sambil mendapat penerang tentang pencapaian anak-anak mereka.  Namun begitu, tidak dapat dinafikan, masih ada segelintir ibu-bapa yang tidak meluangkan sedikit masa untuk menguruskan perkara berkaitan persekolahan anak-anak mereka.

Penulis bersangka baik.  Mungkin ada sesuatu yang tidak memungkinkan mereka datang ke sekolah untuk mendapat maklum balas tentang perkembangan pembelajaran anak-anak mereka.  Mungkin pada masa hadapan, kesempatan itu akan muncul juga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan