Rabu, 30 Mac 2011

Pertandingan Catur Terbuka STAR

Persatuan Catur Tingkatan 6 telah mengadakan pertandingan Catur Terbuka STAR pada petang ini, 30hb Mac 2011, dari pukul 4.00 hingga 5.00 petang pada waktu ko-kurikulum.  Pertandingan ini telah diadakan di Perpustakaan STAR. 

Walaupun pemberitahuan telah dibuat kepada semua warga STAR, namun mereka yang mengambil bahagian hanya terdiri daripada dua puluh orang pelajar Tingkatan 6 sahaja.  Pn. Zubaidah bt Mohd Said, salah seorang guru penasihat Persatuan Catur Tingkatan 6, pada awalnya memang mengharapkan penyertaan yang tinggi dari pelajar aliran perdana.

Namun demikian, menjelang pukul 5.00 petang, persatuan selesai menganjurkan pusingan awal Pertandingan Catur Terbuka STAR ini dengan setiap peserta bermain dua pusingan.  Pusingan selanjutnya akan diadakan pada Hari Ko-kurikulum yang seterusnya pada minggu Sukan dan permainan.