Star Q
ii. Semur Ikan Pedas
Pada majlis persaraan Pn Hjh Mariya (yang penulis panggil Kak Mariya) semalam, penulis telah diminta oleh Kelab Staf sekolah ini untuk menyampaikan ucapan bagi pihak guru-guru dan juga staf sokongan. Walaupun pada mulanya rasa agak gementar, memandangkan ramai guru lain yang lebih mengenali beliau, namun hati ini rasa amat bangga sekali kerana diberi kepercayaan ini.
Pun begitu, penulis hanya berucap sedikit sahaja (dalam bentuk prosa) kerana selebihnya penulis luahkan dalam bentuk nazam (walaupun sebenarnya penulis tidak bernazam; tidak yakin pada kebolehan diri sendiri!) Di sini penulis kongsi nazam yang telah ditulis sendiri.
Dari Pondoi datang ke Gemas
Dalam hujan maupun panas
Tiap hari beliau bergegas
Demi menjalankan se buah tugas
Kelas yang jauh beliau lusuri
Tangga yang banyak tetap didaki
Walau terasa sakit di kaki
Demi pelajar, beliau pergi
Budi bahasa memanglah molek
Walau lantang tidak mengherdik
Memberi nasihat yang baik-baik
Pada yang muda berpangkat adik
Banyak nak cerita, kalau ikutkan hati
Tapi tak semua dapat dikongsi
Titipan ilmu yang banyak diberi
Akan diingat sampai ke mati
Semoga senang dalam persaraan
Sentiasa baik tahap kesihatan
Menempuh hidup dalam keberkatan
Sekian doa dari seorang rakan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan