Isnin, 13 Ogos 2012

Perasmian Bulan Kemerdekaan 2012

Star Q


Hari Isnin 13hb Ogos 2012 sekali menyaksikan bermulanya bulan Kemerdekaan untuk tahun ini.  Majlis perasmian bulan Kemerdekaan ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh para pelajar Pra-U SMK Tuanku Abdul Rahman dengan tunjuk-ajar daripada Ketua Panitia Sejarah, Pn Siti Helena binti Malawi, yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar Pra-U SMKTAR.

Majlis telah dirasmikan dengan beberapa ucapan, diikuti dengan deklamasi sajak serta nyanyian lagu patriotik, semuanya oleh para pelajar Pra-U.  Ini telah diikuti dengan sebuah pengkisahan sejarah oleh salah seorang bekas pendidik di Gemas iaitu Tn Hj Zainudin bin Yusof.  Majlis telah diakhiri dengan perarakan masuk pelajar Pra-U yang membawa bendera semua negeri di Malaysia diikuti dengan nyanyian beramai-ramai empat buah lagu patriotik.

Sungguhpun disiplin para pelajar pada majlis perasmian Bulan Kemerdekaan pada ini sangat baik dan terkawal, namun dapat dirasakan sedikit kekurangan.  Majlis walaupun sempurna, telah hilang sedikit semangatnya.  Semangat apa yang hilang dan kenapa ianya hilang, sama-sama kita fikirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan