Sabtu, 25 Ogos 2012

Terima Kasih Datang Beraya!

Star Q


Tidak ada apa yang lebih menggembirakan seorang guru bila bekas pelajarnya datang bertamu sempena Hari Raya Aidil Fitri.  Bukannya sebelum ini tidak ada pelajar atau bekas pelajar yang datang, tapi besarnya hati terhadap kedatangan mereka sukar hendak digambarkan.

Pada hari Jumaat (Raya ke enam) Farahin (Neto) Faez (Uda) dan beberapa lagi rakan-rakan mereka telah datang bertamu.  Mereka telah selesai pergi beraya ke rumah Pn Mariya Ismaon dan En Azmi Ali (yang telah menjamu Nasi Minyak!)

Oleh kerana mereka sempat memaklumkan penulis se jam sebelum kedatangan mereka, penulis hanya sempat menyediakan hidangan yang tidak sepertinya.  Tapi hati orang rumah penulis berbunga-bunga, sebab walaupun bekas pelajar penulis ini telah dijamu Nasi Minyak sebelum ke mari, mereka tetap merasa hidangan yang disediakan.

Atas kunjungan anda semua, diucapkan terima kasih banyak-banyak; selamat menempuh alam universiti dan semoga beroleh kejayaan, Insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan