Isnin, 13 Ogos 2012

Serah Tugas!

Star Q

Pagi ini (13hb Ogos 2012) penulis telah dimaklumkan bahawa tugas sebagai Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6 mulai hari ini disandang oleh rakan setugas iaitu En Azmi bin Ali.  Pertukaran yang memang sudah lama dijangka ini berlaku kerana penulis kini bertukar gred jawatan dan tidak lagi layak memegang tugas yang tersebut tadi.

Namun begitu, tugas yang dipegang sejak awal tahun 2009 hingga Ogos 2012 ini telah banyak mengajar penulis tentang selok-belok menjalankan tugas serta interaksi dengan rakan sekerja serta para pelajar, khususnya Pra-U.  Dalam keadaan yang serba kekurangan dan kekangan, penulis telah cuba menjalankan tugas seberapa baik yang terdaya termasuklah adakalanya melakukan tugas-tugas orang lain, iaitu tugas yang tidak termasuk dalam spesifikasi kerja penulis.

Penulis berharap rakan sekerja uang mengambil alih tugas ini, dapat melakukan tugas yang lebih daripada apa yang telah penulis lakukan demi meningkatkan lagi martabat para pelajar Pra-U khususnya dan warga Pra-U SMKTAR amnya.  Selamat maju jaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan