Tahun ini, pada 28hb Jun 2011, nampaknya ada sebilangan kecil pelajar Tingkatan 6 Atas yang telah menunjukkan minat untuk membuka gerai sempena sambutan Hari Koperasi peringkat sekolah. Walaupun pada realitinya para pelajar yang berminat adalah pelajar yang sama yang melibatkan diri dalam banyak aktiviti Tingkatan 6, namun kerja sepasukan mereka sangat baik.
Para pelajar ini telah menjana modal untuk perniagaan gerai mereka dengan mengumpul wang dari kalangan mereka sendiri. Antara makanan yang dijual di gerai mereka termasuk lah buah-buahan, dadih dan kek epal. Kek epal ini telah disumbangkan oleh salah seorang guru Tingkatan 6 sendiri, dengan segala keuntungan dari jualan kek tersebut dimasukkan ke dalam dana pelajar Tingkatan 6.
Diharapkan pada sambutan Hari Koperasi tahun hadapan, akan lebih ramai lah pelajar Tingkatan 6 yang turut terlibat menjayakan jualan di gerai mereka sendiri. Walau pun kita pasti ada se kumpulan kecil pelajar yang akan menawarkan khidmat mereka, namum pelajar Tingkatan 6 yang lain diharapkan tidak lepas tangan begitu sahaja.
Sedih, marah dan kesian sebab asyik2 bdk2 fm 6 yg sama je kerja keras! Yang lain.....? Tumpang nama je kot? Tapi nasib baik la ada bdk2 form 6 yang (balik2 yang tu!) gigih! Sy tabik kat kau org la! Selamat maju jaya!
BalasPadam