Sabtu, 9 Julai 2011

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Semua sekolah di seluruh negara telah diarahkan agar menjalankan aktiviti Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia serentak pada hari Sabtu 2hb Julai 2011 yang lalu.  Acara yang bermula pukul 6.30 pagi itu didahului dengan mengambil kedatangan pelajar diikuti dengan perutusan secara langsung Timbalan Perdana Menteri.  Selepas itu pelajar Tingkatan 6 Atas telah naik ke pentas dan memimpin pelajar dalam acara memanaskan badan.


Seluruh warga sekolah mengambil bahagian dengan mengikuti laluan ke Taman Rekreasi Gemas dan balik semula ke Dewan Al Ghazali.  Selepas rehat selama setengah jam, aktiviti-aktiviti sukan dan permainan yang melibatkan guru dan pelajar pun berlangsung.  Sekolah telah tamat pada jam 12.30 tengahari.



1 ulasan:

  1. Sy lari jugak, tp x de siapa ambil gmbr! Huhu! Lupa pulak! Pelapor atau pemberita melapor bukan utk cari glamor! Haha!

    BalasPadam