Khamis, 29 Mac 2012

Pertandingan Forum Remaja 2012


Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun menanti, hari ini barulah para pelajar Tingkatan 6 berpeluang untuk mengumpul markah penyertaan peringkat daerah untuk dimasukkan dalam markah kokurikulum mereka.  Lebih membanggakan lagi, bukan sahaja mereka menperolehi markah penyertaan malah mereka juga memperolehi markah sebagai pemenang tempat ketiga!  Tahniah kepada kesemua peserta Forum SMKTAR!

Jumaat, 9 Mac 2012

Jadilah Insan Yang Se Imbang


Se Kilas Pandang

Dalam masa tiga bulan pertama tahun ini, SMK Tuanku Abdul Rahman telah menyaksikan tiga majlis persaraan guru.  Berbagai acara telah dilaksanakan bagi menjayakan ketiga-tiga majlis tersebut yang telah melibatkan warga sekolah dari berbagai peringkat.  Memang tidak dapat dinafikan, sekiranya tidak wujud kerjasama yang akrab semua pihak, khususnya para guru dan pelajar, sudah pasti segala yang dirancang tidak dapat berjalan dengan jaya.

Memang penulis menyanjung tinggi komitmen para pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis-majlis tersebut; namun begitu, bagi segelintir pelajar tersebut, minat dalam acara-acara sebegini haruslah se imbang dengan minat dalam pembelajaran.

Rabu, 7 Mac 2012

Keputusan STPM 2011 : Semuanya Terungkai!


Se Kilas Pandang

Setelah lama berdebar-debar menanti tarikh keramat diumumkan keputusan STPM 2011 (macam budak-budak yang menduduki peperiksaan pula!), hari ini, 7hb Mac 2012, segala-galanya terungkai sudah.  Tiga meja telah diletakkan di Dewan Terbuka dengan tiga orang guru bertugas untuk menyerahkan keputusan kepada para calon.

Penulis mempunyai jadual harian yang sangat padat ini, sehinggalah ke waktu yang terakhir.  Namun oleh kerana semangat ingin bertemu dengan semua bekas pelajar Tingkatan 6 2010/2011 begitu membara, niat untuk balik sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi jam 2.00 petang, telah dibatalkan.  Dengan kaki yang penat tetapi hati yang berbunga-bunga rindukan para pelajar yang pernah diajar dan pernah dikebali, penulis pergi juga ke Dewan Terbuka tersebut.

Sabtu, 3 Mac 2012

Mooooo-ET!


Se Kilas Pandang

Rasanya sudah lebih sepuluh tahun peperiksaan ini telah dijalankan.  Jika dikira dari bilangan tahun, dari segi pengalamannya sudah tentu lah hebat dan pastilah segala kekurangan pada mula-mula ia diperkenalkan telah dapat di atasi segalanya.  Kalau tidak semua pun, mungkin yang tinggal sekarang pun dari segi tenaga manusia yang diperlukan untuk melaksanakan peperiksaan ini; atau mungkin kewangan (harap-harap tuntutan tidak dipotong!)  

Tapi agak mustahil kekangan kewangan sebab setiap calon membayar RM100 untuk menduduki peperiksaan tersebut!  Satu jumlah yang agak besar jika memandangkan calon hanya menduduki empat kertas.  Sedangkan SPM contohnya (masa zaman kena bayar dulu lah kan!) sepuluh subjek baru RM120; dan setiap subjek pula ada dua atau tiga kertas menjadikan bilangan kertas yang perlu diduduki tidak kurang daripada 15 semuanya!

Merentas Desa 2012


Buat kesekian kalinya SMKTAR telah menganjurkan acara Larian Merentas Desa Tahunan, kali ini telah diadakan pada 3hb Mac 2012.  Hari Sabtu tersebut merupakan hari sekolah ganti untuk cuti yang telah diambil sempena Tahun Baru Cina pada awal tahun ini.


Para pelajar Pra-U SMKTAR juga tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam acara ini sebagai satu cara untuk menyumbangkan markah kepada rumah sukan masing-masing.  Markah tersebut akan dikumpulkan untuk hari Kejohanan Olahraga Tahunan SMKTAR yang akan diadakan pada bulan Julai akan datang.


Selain daripada mengambil bahagian dalam acara larian merentas desa tersebut, para pelajar Pra-U juga telah turut membantu dengan mengadakan acara senaman regangan otot sebelum acara larian diadakan.  Acara regangan itu telah dibuat dalam bentuk tarian yang sangat popular, iaitu Pocho-pocho!  Tahniah sekali lagi para pelajar Pra-U SMKTAR!



Majlis Persaraan Pengetua


SMK Tuanku Abdul Rahman telah kehilangan seorang Pengetua yang sangat berwibawa, apabila pada pada 27hb Februari 2012, yang lalu, Pn Hjh Sakdiah bt Salleh telah bersara wajib.  Oleh kerana persaraan beliau itu jatuh pada hari Isnin, maka satu majlis yang agak gilang-gemilang telah diadakan.


Sepertimana majlsi persaraan Pn Siti Marzian sebelum ini, para pelajar telah mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan bakat terpendam masing-masing termasuklah pelajar Pra-U SMKTAR.  Setiap kumpulan yang mengadakan persembahan telah menampilkan dua item memandangkan waktu sekolah berakhir pada jam 2.40 petang.

Majlis gembira-ria ini, penulis melihatnya sebagai sebuah ironi, kerana dalam pada kita bersedih kehilangan seorang Pengetua yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan sekolah, para pelajar berseronok menari dan menyanyi atas kehilangan itu!

Mungkin di masa hadapan, acara-acara yang lebih sesuai dengan tema persaraan perlu ditampilkan.  Manakala acara nyanyian dan tarian dikhususkan untuk majlis yang berkaitan sahaja.

Galeri Sejarah TBS


Pada 15hb Februari 2012, Kelab Sains Sosial Pra-U SMKTAR telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Sejarah SMK Tunku Besar, Tampin.  Lawatan yang telah diiringi oleh guru penasihat Kelab tersebut, Pn Siti Helena bt Malawi, telah disertai oleh hampir 20 orang ahli kelab tersebut.


Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk melihat bagaimana warga SMK Tunku Besar telah mewujud dan membina galeri mereka sehingga menjadi sebuah entiti yang sangat membanggakan.  Lawatan tersebut juga bertujuan untuk menimba ilmu bagi Kelab Sains Sosial umumnya dan Pn Siti Helena khususnya, dalam usaha-usaha yang bakal dilaksanakan bagi mewujudkan galeri SMKTAR sendiri.