Jumaat, 9 Mac 2012

Jadilah Insan Yang Se Imbang


Se Kilas Pandang

Dalam masa tiga bulan pertama tahun ini, SMK Tuanku Abdul Rahman telah menyaksikan tiga majlis persaraan guru.  Berbagai acara telah dilaksanakan bagi menjayakan ketiga-tiga majlis tersebut yang telah melibatkan warga sekolah dari berbagai peringkat.  Memang tidak dapat dinafikan, sekiranya tidak wujud kerjasama yang akrab semua pihak, khususnya para guru dan pelajar, sudah pasti segala yang dirancang tidak dapat berjalan dengan jaya.

Memang penulis menyanjung tinggi komitmen para pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis-majlis tersebut; namun begitu, bagi segelintir pelajar tersebut, minat dalam acara-acara sebegini haruslah se imbang dengan minat dalam pembelajaran.

Penulis perhatikan bukan sekali dua pelajar-pelajar ini mengabaikan pelajaran mereka, malahan sudah banyak kali.  Dan ada ketikanya mereka meninggalkan kelas dengan menggunakan latihan sebagai asalan, sedangkan pada ketika tertentu tidak ada sebarang latihan dijalankan.  

Penulis juga melihat kesungguhan pelajar dalam pelajaran memang sangat tipis sehinggakan ada di antara mereka sanggup tidak hadir ke sekolah sekiranya pada hari tersebut terdapat subjek yang tidak mereka gemari.  Yang lebih menyedihkan lagi, mereka sanggup tidak hadir untuk menduduki ujian dan peperiksaan sekolah yang dijalankan untuk subjek tersebut.  

Pelajar harus lah melihat dalam diri mereka dan menilai kembali tujuan mereka masuk ke tingkatan enam, dan sebab utamanya ialah tingkatan enam menjadi tangga untuk mereka menuju ke menara gading.  Dan ada subjek yang mereka ambil sebenarnya adalah pra-syarat untuk dapat belajar di universiti.  

Harus diingat bahawa aktiviti kokurikulum dan lain-lain aktiviti luar bilik darjah memang wajar dipupuk.  Namun ia tidak harus meminggirkan pelajaran.  Adalah lebih wajar sekiranya pelajar dapat menseimbangkan kedua-dua agar, bak pepatah melayu, jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.  Fikir-fikirkanlah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan