Khamis, 29 Mac 2012

Pertandingan Forum Remaja 2012


Alhamdulillah, setelah hampir tiga tahun menanti, hari ini barulah para pelajar Tingkatan 6 berpeluang untuk mengumpul markah penyertaan peringkat daerah untuk dimasukkan dalam markah kokurikulum mereka.  Lebih membanggakan lagi, bukan sahaja mereka menperolehi markah penyertaan malah mereka juga memperolehi markah sebagai pemenang tempat ketiga!  Tahniah kepada kesemua peserta Forum SMKTAR!

Sukacita juga dimaklumkan kepada semua pelajar Pra-U SMKTAR, akan ada lebih banyak peluang untuk lebih ramai lagi pelajar untuk turut serta dalam aktiviti kokurikulum dalam peringkat daerah mahu pun peringkat negeri.  

Satu pertandingan yang akan diadakan dalam masa terdekat ini ialah Pertandingan Bola Tampar Pra-U Peringkat Negeri.  Selepas itu akan diadakan pula Karnival Bahasa Inggeris Pra-U.  Diharap para pelajar Pra-U tidak akan mensia-siakan peluang mendapatkan markah kokurikulum yang telah disediakan.  Raihlah seberapa banyak markah yang dapat sementara peluang masih ada!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan