Isnin, 2 April 2012

Sibuk Agaknya


Se Kilas Pandang

Memang kalau se kilas pandang, nampaknya terlalu sibuklah sangat sampai tak berkesempatan untuk mengulang-kaji pelajaran apatah lagi untuk menghadiri kelas.  Namun, pada fikiran penulis, masa-masa sibuk itu kini telah berlalu, dan sudah sampai masanya untuk kembali mendidik hati untuk terus mengejar ilmu di dalam kelas.

Namun begitu, pandangan penulis begitu meleset sekali bila sebilangan kecil para pelajar yang menjadi harapan ibu-bapa masing-masing (jangan pedulikan harapan guru-guru)  terus memilih untuk menjadi sibuk, atau kelihatan sibuk.  "Kesibukan' mereka ini sehinggakan sampai mengabaikan kelas-kelas penting (ada kah kelas yang tidak penting?) yang boleh menjejaskan peluang mereka untuk melangkahkan kaki ke menara gading (atau ini bukan tujuan utama  mereka masuk Pra U?)

Penulis juga agak musykil kerana walau pun sudah ditegur (oleh guru sendiri!) mereka masih bertindak untuk tidak  hadir kelas.  Dan kalau mereka hadir kelas pun mereka memilih untuk bersikap pasif sewaktu belajar atau lebih teruk lagi memilih untuk menjadikan meja tulis mereka bantal untuk mereka tidur.

Saranan penulis, bangunlah dari tidur itu sebelum terlambat.  Mungkin pada fikiran segelintir mereka ini, mereka boleh berjaya dalam hidup hanya dengan berbekalkan sijil SPM dan mungkin sebahagian lagi fikir mereka boleh terus menongkat langit dengan wajah mereka yang kacak tampan.  Bangunlah dan sedarlah!  Jom belajar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan