Rabu, 4 April 2012

Peluang Untuk Dapat Markah Negeri!


Akhirnya, setelah hampir tiga tahun menanti, para pelajar Pra-U ambilan 2011/2012 kini mempunyai peluang untuk memperbaiki markah kokurikulum mereka dengan merebut peluang untuk menyertai pertandingan-pertandingan kokurikulum yang bakal diadakan untuk mereka di peringkat negeri.

Peluang ini memang sudah lama dinantikan oleh para pelajar Pra-U sejak ambilan 2010/2011 lagi.  Namun disebabkan beberapa kesulitan, pertandingan-pertandingan peringat negeri mahu pun daerah tidak dapat dijalankan.  Tambahan pula tidak ada usaha dijalankan oleh pihak bertanggung-jawab untuk membuat dan menghantar kertas kerja bagi aktiviti-aktiviti tersebut.  Namun, aktiviti kokurikulum diperingkat sekolah yang membolehkan pelajar mendapat markah penyertaan dan kemenangan di peringkat sekolah, memang telah banyak diselaraskan oleh Penyelaras Kokurikulum Tingkatan 6.

Berbalik kepada peluang yang kini terbuka kepada pelajar Pra-U, pertandingan yang paling hampir ialah pertandingan Bola Tampar peringkat negeri yang akan diadakan pada 19hb Mei 2011 di Center Court, Paroi, Seremban.  Menyusul selepas itu pada bulan Julai pertandingan kokurikulum Akademik iaitu Bahas Bahasa Melayu dan Bahas Bahasa Inggeris.  Dan akhir sekali pada 7, 8 dan 8 hb September 2012 nanti akan diadakan perkhemahan Unit Beruniform di Kem Rimba Ilmu, di Bahau, Negeri Sembilan.

Semoga semua para pelajar Pra-U menyertai sekurang-kurangnya dua aktiviti untuk dimasukkan markah ke dalam sijil kokurikulum nanti. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan