Entri di Blog Lain :
Se Kilas Pandang
Semuanya bermula dengan se potong nasihat yang tujuan utamanya sangat murni iaitu hanya untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki diri sendiri. Memang kadang-kadang kuman se berang laut kita nampak, tapi gajah yang sedang mundar-mandir di hadapan mata kita sendiri pun kita tak nampak! Dan masa itulah akan ada orang yang menyedarkan kita dari asyik melihat kuman yang seberang laut itu, agar dia tidak dipijak-pijak oleh sang gajah yang se olah-olah naik minyak!
Dan se harusnyalah nasihat yang diberikan itu jangan dilihat se olah-olah ingin menunjuk-nunjuk atau memandai-mandai dari si pemberi nasihat. Kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang. Makanya, ada terdapat kesilapan itu maka diri kamu ditegur. Pemberi nasihat itu pun tidak gilakan populari untuk mengada-ngada mengeluarkan pendapatnya kerana pendapat yang diberikan itu pun datangnya dari orang yang hak; ia itu sudah memang jelas kedudukan orang itu boleh memberi nasihat.
Tapi, mungkin ada individu yang tidak boleh ditegur langsung dan sentiasa menganggap diri mereka tersangat hebat sehinggakan se tiap teguran atau nasihat yang diberi perlu dibidas balik sehingga memalukan orang yang memberi nasihat.
Sebenarnya orang yang memberi nasihat itu pun sudah melalui zaman-zaman lalu seperti orang yang dinasihati nya, maklumlah sudah lebih lama makan garam, sampai sudah ada penyakit darah tinggi pun, tapi bukan disebabkan garam itu, sebaliknya disebabkan sikap-sikap manusia seperti orang yang dinasihatkannya!
Kalau sudah begitu kehendaknya, tidak rugilah kalau orang yang memberi nasihat itu menyimpan pengajaran dan nasihatnya buat mereka yang lebih memerlukan dan lebih terbuka untuk menerima se barang teguran. Dan biarlah individu yang tidak boleh menerima teguran itu jadi seperti Si Luncai yang terjun ke dalam laut dan lemas bersama labunya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan