Jumaat, 6 April 2012

Perjumpaan 3 Penjuru

Entri di Blog Lain :


Se Kilas Pandang

Semalam juga (5hb April 2012) sebaik sahaja selesai menjadi tuan rumah untuk Pertandingan Choral Speaking Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Daerah Tampin, sekolah turut mengadakan hari Perjumpaa Tiga Penjuru bersama ibu-bapa dan pelajar pada jam 2.30 petang.

Pada perjumpaan tiga penjuru ini, ibu-bapa datang untuk mengambil slip keputusan Ujian Bulan Mac anak-anak mereka di samping berpeluang bertanyakan kepada guru-guru anak-anak mereka tentang prestasi anak-anak mereka.  Apa yang membanggakan ialah, pada perjumpaan kali ini, keadaan seumpama pesta kerana memang ramai ibu-bapa hadir jika dibandingkan dengan perjumpaan-perjumpaan se belum ini.

Dan sayugia diingat juga, ini merupakan minggu ketiga berturut-turut waktu tamat persekolahan bagi guru-guru bukannya jam 2.40 petang, tetapi lebih dari jam 4.30 petang.  Cuma diharapkan guru-guru dapat mengumpul semula tenaga untuk terus mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang gemilang.  Tahniah kepada semua guru-guru SMKTAR!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan