Entries in My Other Blogs :
Hari ini, 26hb april 2012, berlangsunglah kolokium R&D Pra-U 2012 SMKTAR yang mungkin juga merupakan pembentangan tajuk-tajuk R&D yang terakhir. Ini memandangkan, bermula dengan pelajar enam rendah yang akan mula mendaftar masuk pada awal Mei nanti, pelajar pra-U akan sibuk dengan pelbagai tugasan berkaitan dengan subjek-subjek mereka.
Para penilai pula terdiri dari para guru Pra-U SMKTAR sendiri yang telah dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan setiap barisan panel menilai sekurang-kurangnya tiga kumpulan kolokium.
Apa-apa pun, satu keputusan muktamad tentang kumpulan yang terbaik dalam kolokium ini akan diumumkan dalam blog ini dalam masa yang terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan