Khamis, 5 April 2012

Choral Speaking 2012

Entri di Blog Lain :


Hari ini, 5hb April 2012, selesai satu lagi pertandingan Ko-Akademik peringkat daerah Tampin, ia itu Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah Tampin yang mana kami telah menjadi tuan rumah.  Walaupun pertandingan ini hanya terbuka kepada para pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima, namun entri ini tetap dibuat memandangkan ramainya guru Tingkatan 6 yang turut terlibat.

Antara guru Tingkatan 6 yang terlibat dalam mengendalikan perjalanan pertandingan ini termasuklah penulis sendiri sebagai Ketua Hakim, Cikgu Marshida Abdul Rahman selaku pengacara sewaktu pertandingan sedang berjalan,  Cikgu Norasyikin Mohd Aris selaku jurufoto dan dokumentasi, Cikgu Zaini Yusof di bahagian pendaftaran dan tidak ketinggalan Cikgu Adek Noor Suliati selaku guru pembimbing.

Seperti dijangka, pasukan yang menyandang johan adalah pasukan dari SMK Tunku Besar Tampin, diikuti oleh SMK (Agama) Repah selaku naib juara.  Tempat ketiga dimenangi para peserta dari SMK Bukit Jalor.  Tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang tidak berjaya cuba lagi tahun hadapan.  Setidak-tidaknya anda telah peroleh sijil penyertaan di peringkat Daerah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan