Selasa, 28 Januari 2014

Selamat Tinggal Starbright1969!

Star Q


Ini mungkin merupakan kali terakhir saya menulis untuk blog ini.  Blog yang saya wujudkan khusus untuk mendokumentasikan segala aktiviti tentang pra-universiti SMK Tuanku Abdul Rahman yang amat saya sayangi ini, tidak dapat saya sumbangkan sebarang nukilan lagi selepas ini.

Khamis, 23 Januari 2014

Blazer Baru Pengawas 2014

Star Q


Pada 23hb Januari 2014, Pengawasi SMK Tuanku Abdul Rahman, Gemas telah berpeluang mencuba blazer mengikut saiz badan masing-masing.  Bermula tahun ini, para pengawas dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lima dan enam dimestikan memakai blazer sebagai salah satu daripada pakaian seragam.

Latihan Kebakaran Kali Pertama 2014

Star Q

Satu latihan kebakaran telah diadakan pagi tadi (16hb Januari 2014) pada jam 9.40 pagi.  Semua pelajar dan guru telah bergerak dalam keadaan teratur menuju ke padang sekolah seperti kebiasaan bilamana latihan kebakaran diadakan sebelum ini.

Isnin, 13 Januari 2014

Perkhemahan Pengawas

Star Q


Petang ini 13hb Januari 2014, pada jam 3.00 petang, sekumpulan pengawas akan menuju ke Kem PLKN Asahan, Melaka untuk program Perkhemahan Pengawas yang bertujuan untuk meningkatkan jati diri serta semangat dan keyakinan mereka.  

Ahad, 12 Januari 2014

Waktu Baru Ko-kurikulum

Star Q

Dalam sekelip mata sahaja waktu kokurikulum untuk SMKTAR telah diubah lagi.  Selain daripada perubahan dalam struktur organisasi, beberapa persatuan juga turut dibubarkan tanpa pengetahuan pelajar yang pernah menjadi AJK.  Semua ahli persatuan yang telah dibubarkan berada dalam keadaan serba-salah kerana mereka dipaksa untuk menyertai kelab dan persatuan lain yang tidak mereka minati.  Tambahan pula, peluang mereka untuk memegang apa-apa jawatan dalam AJK hanya tinggal impian kerana mesyuarat agung telah dijalankan minggu lepas.

Selasa, 7 Januari 2014

Mesyuarat Agung Kokurikulum 2014

Star Q


Dari jam 7.40 pagi hingga 9.00 pagi 8hb Januari 2014, telah diadakan dua mesyuarat agung kokurikulum SMKTAR iaitu yang pertamanya untuk Unit Berniform diikuti pula dengan mesyuarat agung untuk kelab dan persatuan.  Pada sebelah petang bermula jam 3.40 petang akan diadakan mesyuarat agung untuk IM1S diikuti pula dengan mesyuarat agung untuk sukan dan permainan.

Sabtu, 4 Januari 2014

Gotong-Royong Perdana & Hari Sarana Ibu-Bapa

Star Q

Sesi persekolahan 2014 baru sahaja dua hari bermula.  Namun sebagai sebuah sekolah yang sangat aktif dengan berbagai aktiviti, sebuah sesi gotong-royong perdana telah diadakan pada hari Sabtu 4hb Januari 2014.  Program ini turut dijalankan serentak dengan Program Hari Sarana Ibu-Bapa.