Khamis, 23 Januari 2014

Latihan Kebakaran Kali Pertama 2014

Star Q

Satu latihan kebakaran telah diadakan pagi tadi (16hb Januari 2014) pada jam 9.40 pagi.  Semua pelajar dan guru telah bergerak dalam keadaan teratur menuju ke padang sekolah seperti kebiasaan bilamana latihan kebakaran diadakan sebelum ini.

Latihan ini, seperti tahun-tahun sebelumnya telah mendapat kerjasama yang baik daripada pihak Bomba yang pada hari ini telah turut mengadakan demonstrasi memadam api dengan menggunakan alat pemadam api.

Para pelajar pra-universiti serta tenaga pengajar telah turut sama dalam latihan ini walaupun pada mulanya siren kecemasan yang dibunyikan tidak kedengaran di blok kami.  Kebetulan penulis baru selesai kelas aliran perdana lalu terdengar bunyi siren tersebut lalu memberitahu rakan-rakan tenaga pengajar serta para pelajar.  Mungkin dari segi logiknya, warga pra-universiti tidak perlu bergegas ke padang sekolah sekiranya benar-benar terjadi kebakaran.  Memadai sekiranya terus ke tapak perhimpunan yang berhampiran.

Apa pun, latihan kebakaran seperti ini tidak dapat dinafikan kebaikannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan