Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kurikulum. Papar semua catatan

Ahad, 16 November 2014

STPM 2014 Semester 1

Star Q


Setelah selesai peperiksaan STPM untuk para pelajar semester tiga, hari ini, 17hb November 2014, bermula pula peperiksaan STPM  untuk para pelajar semester satu dan juga calon mengulang.  

Ahad, 9 November 2014

Peperiksaan STPM November 2014

Star Q



Pada hari Selasa, 4hb Oktober 2014, bermulalah peperiksaan STPM yang terakhir untuk para pelajar pra-universiti SMK Tuanku Abdul Rahman yang berada di semester tiga.  Seperti kebiasaan, sebelum masuk ke dewan peperiksaan, para pelajar mengaminkan doa yang dibaca oleh YDP MPP Saudara Razlan.

Selasa, 22 Julai 2014

Majlis Penyerahan Voucer Buku

Star Q


Seperti tahun-tahun sebelumnya, para pelajar pra-u rendah sekali lagi mendapat bantuan dalam bentuk Voucer Buku untuk memudahkan mereka membeli bahan rujukan untuk pengajian mereka selama satu tahun setengah di sini.

Isnin, 29 April 2013

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Star Q


Perubahan sistem pendidikan telah menyaksikan banyak tanggungjawab menguji dan menilai pelajar digalas oleh pihak sekolah, terutamanya oleh guru-guru.  Walau apa pun maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik perubahan ini, warga Pra-Universiti juga turut terlibat dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Sabtu, 28 Julai 2012

A Day To Prove Their Worth

Star Q


Today (28th July 2012), the 2011/2012 batch of Pre-University students sat for the their Malaysia University English Test from 8.00 a.m. until 12.30 p.m.  The papers today consisted of the Listening, Reading and Writing Papers.  The Speaking test was done somewhere last month.

Isnin, 18 Jun 2012

Lawatan ke Parlimen Sesi 2012

Star Q

Se bahagian daripada pelajar Pra-U yang menyertai lawatan.

Sekolah baru sahaja dua hari dibuka, namun memandangkan rancangan telah lebih awal diatur, maka pada 13hb Jun 2012, unit Pra-U SMKTAR telah untuk kesekian kalinya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Parlimen.  Se ramai 63 orang pelajar dengan diiringi 8 orang guru telah terlibat dalam lawatan tersebut.  Untuk sesi lawatan tahun ini, penulis tidak turut serta kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.  Tambahan pula, penulis merasakan sudah cukup lah tiga kali sebelum ini turut serta dalam lawatan itu.

Rabu, 2 Mei 2012

Painting the New History Galleria

Entries in My Other Blog ;


The Scouts movement of the Pre-U students had a very diverse set of activities, some not directly related to the uniform unit.  Nevertheless, the activities are just as important if they were to conduct activities that are directly related to the Scouts movement.

Khamis, 26 April 2012

Kolokium Pra-U 2012

Entries in My Other Blogs :


Hari ini, 26hb april 2012, berlangsunglah kolokium R&D Pra-U 2012 SMKTAR yang mungkin juga merupakan pembentangan tajuk-tajuk R&D yang terakhir.  Ini memandangkan, bermula dengan pelajar enam rendah yang akan mula mendaftar masuk pada awal Mei nanti, pelajar pra-U akan sibuk dengan pelbagai tugasan berkaitan dengan subjek-subjek mereka.

Rabu, 7 Mac 2012

Keputusan STPM 2011 : Semuanya Terungkai!


Se Kilas Pandang

Setelah lama berdebar-debar menanti tarikh keramat diumumkan keputusan STPM 2011 (macam budak-budak yang menduduki peperiksaan pula!), hari ini, 7hb Mac 2012, segala-galanya terungkai sudah.  Tiga meja telah diletakkan di Dewan Terbuka dengan tiga orang guru bertugas untuk menyerahkan keputusan kepada para calon.

Penulis mempunyai jadual harian yang sangat padat ini, sehinggalah ke waktu yang terakhir.  Namun oleh kerana semangat ingin bertemu dengan semua bekas pelajar Tingkatan 6 2010/2011 begitu membara, niat untuk balik sebaik sahaja loceng sekolah berbunyi jam 2.00 petang, telah dibatalkan.  Dengan kaki yang penat tetapi hati yang berbunga-bunga rindukan para pelajar yang pernah diajar dan pernah dikebali, penulis pergi juga ke Dewan Terbuka tersebut.

Khamis, 14 Julai 2011

Taklimat Kajian Tindakan Bhgn 1

Pelajar Tingkatan 6 Bawah mendengar taklimat R&D

Pada 6hb Julai empat orang guru Tingkatan 6 SMKTAR telah menghadiri Kursus Profesionalisme untuk guru-guru T6 bagi menambah dan memantapkan pengetahuan mereka tentang Folio-folio yang perlu disediakan oleh mereka, termasuklah Folio Kajian Tindakan.

Sehubungan dengan itu, Pn. Norasyikin Mohd Aris yang merupakan salah seorang guru yang telah menghadiri kursus tersebut telah mengambil inisiatif untuk memberi taklimat tentang Asas-asas Kajian Tindakan kepada para pelajar Tingkatan 6 Bawah pada jam 9.40 pagi 13hb Julai 2011, sebelum mereka mula membuat Proposal.

Bahagian kedua taklimat ini akan diadakan pada masa yang sama minggu hadapan pada 20hb Julai 2011.