Star Q
Perubahan sistem pendidikan telah menyaksikan banyak tanggungjawab menguji dan menilai pelajar digalas oleh pihak sekolah, terutamanya oleh guru-guru. Walau apa pun maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik perubahan ini, warga Pra-Universiti juga turut terlibat dengan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Bagi para pelajar Pra-U sesi 2011/2012, mereka merupakan kumpulan pertama mempelopori PBS ini. Sistem PBS ini yang telah mula diperkenalkan kepada pelajar Tingkatan 1 tahun 2012 yang lalu sudah pun dalam tahun keduanya. Dan bagi para pelajar Pra-U ini merupakan kali kedua (semester kedua) mereka menjalankan PBS.
PBS yang dijalankan ke atas para pelajar Pra-U ini berlainan sedikit daripada pelajar Tingkatan 1 dan 2 aliran perdana kerana pelajar Pra-U bukan sahaja membuat tugasan bertulis (ada sepanjang 1500 patah perkataan) tetapi juga merangkumi pembinaan slaid dan juga pembentangan.
Sistem PBS ini, yang dilihat dapat membantu para pelajar Pra-U, diharapkan tidak akan disia-siakan oleh mereka. Semoga mereka berusaha sedaya-upaya untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang baik dan bermutu dan menepati masa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan