Sabtu, 20 April 2013

Program Pemantapan Halatuju Pra-U

Star Q


Pada 17hb April 2013 telah diadakan Program Pemantapan Halatuju khusus untuk para pelajar Pra-Universiti SMK Tuanku Abdul Rahman.  Program yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKTAR telah diadakan dari jam 12.40 tengahari hingga 2.40 petang.

Program ini telah dikendalikan oleh seorang penceramah yang dijemput khas oleh Unit Kaunseling.  Objektif program ini tidak lain ialah untuk memberi kemantapan semangat kepada para pelajar Pra-U akan fokus dan sasaran mereka serta tujuan memasuki Pra-U.

Semoga program ini telah memberi munafaat kepada semua pelajar Pra-U dan dapat memberi kesedaran kepada mereka tentang pentingnya untuk meneruskan pengajian dalam Pra-U sebelum melangkah kaki ke menara gading, In syaa Allah.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan