Selasa, 30 April 2013

Jom Shopping Guna Voucher Buku!

Star Q


Minggu lepas pada 27hb April 2013, Kelab Pusat Sumber Sekolah telah membuat rombongan ke Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur sempena Pesta Buku Antarabangsa.  Penulis telah berpeluang mengikuti rombongan tersebut setelah dipelawa oleh salah seorang guru PSS seperti mana lazimnya setiap tahun.

Pagi ini (1hb Mei 2013) pada lebih kurang jam 9.00 pagi sebuah lagi rombongan telah berlepas ke PWTC.  Rombongan kali ini diuruskan sendiri oleh para pelajar Pra-Universiti SMKTAR dengan usaha Yang di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar, saudara Nasrullah dari kelas 6 (Atas) SBP2.  Rombongan tidak rasmi ini juga disertai oleh seorang tenaga pengajar Pra-U iaitu Pn. Norasyikin Mohd Aris.

Tujuan utama rombongan ke Pesta Buku ini diadakan walaupun diuruskan dengan sendiri oleh para pelajar Pra-U ialah kerana ingin menggunakan Voucer Buku yang telah diberikan kepada mereka.  Diharapkan mereka dapat memilih bacaan yang bermunafaat untuk kegunaan mereka.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan