Selasa, 7 Mei 2013

Minggu Orientasi Pelajar Pra-U Sesi 2013/2014

Star Q

Hari ini bermula hari pertama Minggu Orientasi Pelajar Pra-Universiti sesi 2013/2014 SMK Tuanku Abdul Rahman.  Program yang bermula hari ini (8hb Mei 2013) akan berakhir pada hari Rabu hadapan 15hb Mei 2013.  Program hari ini dimulakan dengan sesi pendaftaran para pelajar, diikuti dengan taklimat oleh Pengetua SMKTAR diikuti dengan sebuah lagi taklimat oleh GPK Tingkatan 6, En. Mohd Yusof bin Bujai.

Setakat jam 11.00 pagi ini, seramai 80 orang telah mendaftar, walaupun pada awalnya pihak Jabatan telah menganggarkan seramai 150 akan mendaftar.  Apa yang pasti ini, para pelajar pra-U yang mendaftar hari ini, tidak semua yang menjadikan Pra-U sebagai pilihan utama untuk meneruskan pelajaran.  Ramai juga antara mereka sedang menanti panggilan untuk meneruskan pelajaran di institusi pengajian tinggi tempatan yang lain.

Walaubagaimanapun, tidak kurang juga yang melihat pra-U ini sebagai satu tapak yang kukuh yang membolehkan mereka memilih jurusan-jurusan yang lebih baik dan terjamin di universiti setelah selesai STPM nanti.  

Apa pun, kepada semua yang mendaftar hari ini, diucapkan selamat maju jaya dalam apa juga bentuk pengajian yang bakal anda ceburi, samada Pra-Universiti atau kursus-kursus sijil dan diploma di institusi pengajian tinggi yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan