Selasa, 22 Julai 2014

Majlis Penyerahan Voucer Buku

Star Q


Seperti tahun-tahun sebelumnya, para pelajar pra-u rendah sekali lagi mendapat bantuan dalam bentuk Voucer Buku untuk memudahkan mereka membeli bahan rujukan untuk pengajian mereka selama satu tahun setengah di sini.

Majlis Penyerahan Voucer Buku pada tahun ini telah dipantau oleh Guru Penolong Kanan Tingkatan 6, Pn Norasyikin bt Mohd Aris dengan dibantu oleh semua guru kelas enam rendah.  Majlis tersebut telah diadakan pada awal pagi 22hb Julai 2014.

Bagi memudahkan para pelajar mendapatkan buku rujukan yang sesuai, para tenaga pengajar pra-u subjeck-subjek yang berkenaan telah mengambil inisiatif untuk memesan buku-buku bagi pihak pelajar.  Ini memudahkan pelajar kerana tidak perlu berbelanja lebih untuk keluar ke bandar untuk mencari dan membeli buku-buku yang diperlukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan