Star Q
iii. Beautiful School
Setelah terbaca saja di laman Facebook tentang seorang bekas pelajar saya yang telah mengalami kemalangan, hati terdetik ingin pergi menziarahi beliau. walaupun saya hanya sempat mengajar beliau selama satu semester sebelum saya melangkah ke bidang lain.
Atas rasa ingin menziarahi beliau yang meluap-luap itulah maka saya sejak dari semalam lagi bertanya dengan rakan-rakan pra-universiti sekiranya ada sesiapa lain yang ingin pergi menziarahi beliau. Maklumlah saya sendiri tidak tahu di mana rumah saudara Mohd Razlan itu. Bila diberitahu hari ini akan ada se kumpulan kecil tenaga pengajar dan pelajar pra-u yang akan menziarahi beliau, hati rasa berbunga-bunga ingin turut serta. Saya siap bertanyakan pukul berapa mereka akan ke sana sebagai perjanjian supaya saya pasti.
Namun dik kesibukan kerja dan terlalu leka mengulit tugasan, saya terlepas peluang untuk menziarah bekas pelajar saya itu. Dan bila saya bergegas ke bilik guru, saya dapati mereka yang berbincang untuk berziarah itu telah pun pergi, meninggalkan saya terpinga-pinga.
Mungkin tidak ada seorang pun di antara mereka yang teringat untuk menelefon saya sebelum mereka pergi ke sana, memandangkan saya sahaja yang beriya-iya ingin turut sama, sedangkan mereka langsung tidak mempelawa saya. Mungkin mereka terlupa. Atau pun mungkin mereka sangka saya telah mengubah fikiran saya.
Apa pun kemungkinannya, yang penting doa saya kepada Mohd Razlan agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali menyambung pengajian di pra-u secepat mungkin. Kehadiran saya sekiranya dapat menziarahi anda mungkin tidak akan meninggalkan sebarang kesan pun, seperti mana tiada sebarang kesan di hati mereka yang terlupa untuk mengajak saya menziarahi anda.
Semoga Allah memberi kesembuhan yang segera kepada anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan