Selasa, 2 September 2014

Perkhemahan Integrasi Pra-U Peringkat Negeri

Star Q
Sudah agak lama para pelajar pra-universiti tidak mendapat kesempatan untuk mengambil bahagian dalam program perkhemahan secara besar-besaran di peringkat negeri.  Seingat penulis, kali terakhir mereka mendapat peluang sebegini ialah pada tahun 2009.  Ketika itu penulis masih lagi memegang jawatan sebagai Penyelaras Kokurikulum Pra-Universiti SMKTAR.

Apa pun, para pelajar pra-u tahun ini memang bertuah kerana mendapat peluang untuk melibatkan diri dalam program Perkhemahan Integrasi Pra-Universiti Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan mulai hari ini, Rabu 3hb September 2014 hingga Jumaat 5hb September 2014.  Perkhemahan ini bertempat di Kem Rimba Ilmu, Juasseh, Negeri Sembilan, yang merupakan lokasi yang sama pada program 2009.

Seramai 25 orang pelajar pra-u atas mengambil bahagian.  Penglibatan mereka dalam program selama tiga hari itu turut disertai oleh dua orang tenaga pengajar pra-u iaitu En Azri Abd Halim dan Pn Shafidah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan