Ahad, 9 November 2014

Majlis Bacaan Yaasin Pra-U

Star Q


Sudah agak lama juga bacaan ayat-ayat suci dari surah Yaasiin tidak kedengaran dibaca di dewan berhampiran blok pra-universiti SMK Tuanku Abdul Rahman.  

Jadi apabila kebenaran diperolehi dari pihak pentadbir untuk warga pra-universiti mengadakan majlis bacaan yaasiin dalam kalangan mereka sendiri, maka peluang itu tidak dilepaskan begitu sahaja.

Bacaan yaasiin kali ini dikepalai oleh ketua MPPP sendiri iaitu saudara Razlan dari Tingkatan 6 Atas UKM.  Apa yang diharapkan ialah lebih ramai lagi tenaga pengajar pra-universiti akan sudi turut serta dalam majlis yang diadakan untuk dan dijalankan oleh warga pra-universiti SMKTAR sendiri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan