Isnin, 18 Jun 2012

Lawatan ke Parlimen Sesi 2012

Star Q

Se bahagian daripada pelajar Pra-U yang menyertai lawatan.

Sekolah baru sahaja dua hari dibuka, namun memandangkan rancangan telah lebih awal diatur, maka pada 13hb Jun 2012, unit Pra-U SMKTAR telah untuk kesekian kalinya menganjurkan lawatan sambil belajar ke Parlimen.  Se ramai 63 orang pelajar dengan diiringi 8 orang guru telah terlibat dalam lawatan tersebut.  Untuk sesi lawatan tahun ini, penulis tidak turut serta kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.  Tambahan pula, penulis merasakan sudah cukup lah tiga kali sebelum ini turut serta dalam lawatan itu.

Lawatan ke Parlimen ini turut diisi dengan, untuk tahun keduanya, kunjungan ke Pejabat Rasmi Menteri Kerja Raya yang mana jamuan tengahari tajaan beliau telah turut diadakan.  Ini telah disusuli dengan ke Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.  Dalam perjalanan pulang, rombongan telah singgah sebentar di AEON Seremban.

Tahniah kepada para pelajar Pra-U kerana telah berjaya menjaga nama baik sekolah semasa sesi lawatan ke semua tempat yang telah dirancang.  Tahniah juga kepada Cikgu Zaini bt Yusof kerana telah mengusahakan lawatan ke Parlimen ini untuk kesekian kalinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan