Khamis, 21 Jun 2012

Cikgu-cikgu Pindah

Star Q


Pada 14hb Jun 2012, Kelab Staf SMKTAR telah mengadakan jamuan perpisahan bagi meraikan rakan-rakan guru yang akan berpindah.  Seramai enam orang rakan akan berpindah, termasuklah yang akan berpindah ke kampung halaman masing-masing.
Antara mereka yang berpindah ialah Cikgu Fauziah yang akan berpindah ke Perak, Cikgu Fatimah ke Sabah, Cikgu Mohamad Noor ke Alor Gajah, melaka (alhamdulillah, 15 minit je dari rumah!), Ustazah Ainun pula ke Kelantan.



Didoakan agar rakan-rakan guru yang berpindah akan menabur bakti dengan lebih bersemangat lagi di sekolah baharu mereka.  Dan bagi rakan-rakan guru yang masih belum berjaya berpindah, Insya Allah, giliran anda akan sampai juga.

Sementara itu, teruslah berkhidmat untuk kegemilangan STAR :-)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan