Isnin, 4 Jun 2012

Tempat yang ditinggalkan

Star Q


Isnin lalu seluruh warga Pra-U telah berpindah ke bangunan baru yang sebenarnya bangunan lama (macam mana nak cakap ya?)  Tapi setakat ini belum ada lagi kelihatan usaha-usaha untuk mengemas dan menyusun perabut dan fail-fail yang dipindahkan.  Adakah semua itu akan tunggu pada hari pertama persekolahan semester kedua pada 11hb Jun 2012 nanti? (lagi tak tahu nak cakap?)

Pun begitu, apa yang tidak dapat dinafikan ialah suasana dan keadaan tempat yang telah ditinggalkan selepas berpindah.  Pagi tadi, penulis berkesempatan melawat tempat tersebut dan jelas sekali ianya masih belum dibersihkan lagi.  Pelik juga!  Sudah seminggu warga Pra-U berpindah tapi masih belum dibersihkan lagi? (susah nak cakap!)  

Seperkara lagi yang menjadi perhatian penulis ialah, terdapat banyak lagi barang-barang milik warga Pra-U yang masih tersadai di sana.  Bila agaknya hendak dipunggah ke bangunan baru? (oops! maaf! bangunan lama!)  Hendak tunggu buka sekolah?  Nampaknya hari pertama persekolahan akan dipenuhi dengan sesi kemas-mengemas lah nampaknya (siapa lagi nak cakap?)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan