Se Kilas Pandang
Rasanya sudah lebih sepuluh tahun peperiksaan ini telah dijalankan. Jika dikira dari bilangan tahun, dari segi pengalamannya sudah tentu lah hebat dan pastilah segala kekurangan pada mula-mula ia diperkenalkan telah dapat di atasi segalanya. Kalau tidak semua pun, mungkin yang tinggal sekarang pun dari segi tenaga manusia yang diperlukan untuk melaksanakan peperiksaan ini; atau mungkin kewangan (harap-harap tuntutan tidak dipotong!)
Tapi agak mustahil kekangan kewangan sebab setiap calon membayar RM100 untuk menduduki peperiksaan tersebut! Satu jumlah yang agak besar jika memandangkan calon hanya menduduki empat kertas. Sedangkan SPM contohnya (masa zaman kena bayar dulu lah kan!) sepuluh subjek baru RM120; dan setiap subjek pula ada dua atau tiga kertas menjadikan bilangan kertas yang perlu diduduki tidak kurang daripada 15 semuanya!
Namun persoalannya bukan lah wang (sebab sekali lagi ditegaskan, wang tidak sepatutnya jadi persoalan!) tetapi untuk kesekian kalinya Cakera Digital (CD) yang dibekalkan untuk Ujian Mendengar (800/1) Untuk kesekian kalinya CD yang dibekalkan, semuanya rosak; kali ini dibahagian akhir sekali di mana calon hanya dapat mendengar sekali sahaja. Jadi, untuk membolehkan calon mendengar dua kali teks yang akhir tersebut, CD itu terpaksa dimainkan dan diperdengarkan keseluruhannya untuk membolehkan teks akhir didengar sekali lagi.
Jadi calon-calon (dan pengawas juga!) yang sepatutnya sudah boleh balik pada jam 12.30 tengahari, terpaksa balik pada jam 1.10 tengahari, hanya kerana dibekalkan dengan CD yang rosak. Tun Mahathir pernah berkata : 'First class facility but third class mentality'. Tapi dalam kes ini, 'First class mentality but third class facility'!
Sebenarnya penat saja penulis mengadu dalam entri ini kerana tiada siapa yang akan ambil peduli pun. Namun, setidak-tidaknya rasa kecewa dihati telah dapat dilepaskan, walaupun kepada dunia maya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan