Rabu, 1 Ogos 2012

Bergambar Lagi!

Star Q


Pagi ini, satu lagi sesi penggambaran untuk majalah sekolah dijalankan.  Penggambaran kali ini adalah untuk guru-guru dan badan-badan dibawah seliaan sekolah seperti Biro Pengawas dan Pusat Sumber Sekolah.

Untuk mengelakkan para pelajar berkeliaran sewaktu guru-guru dan sebahagian kecil pelajar bergambar, pihak pentadbir telah mengarahkan supaya semua pelajar berada di dewan sementara sesi penggambaran dijalankan.

Terasa segan dan silu pulak bila para pelajar melihat guru-guru mereka teruja untuk sesi fotografi.  Rasanya, tidak menjadi masalah sebab sesi fotografi seperti ini cuma se tahun sekali.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan