Khamis, 12 Julai 2012

Kejohanan Olahraga 2012

Star Q


Pada tahun ini, Kejohanan Olahraga Tahunan SMK Tuanku Abdul Rahman telah berjalan dengan lancarnya pada tanggal 4hb Julai 2012.  Majlis kami telah diserikan dengan hujan yang turun sejak dari mula acara perbarisan lintas hormat oleh pasukan-pasukan perbarisan rumah sukan sehinggalah acara perbarisan tersebut tamat.

Namun demikin, hujan yang turun pada awal majlis tidak melunturkan semangat para peserta yang telah berjuang dengan bersungguh untuk memastikan kemenangan rumah sukan masing-masing.  Namun, seperti saban tahun tatkala Kejohanan ini diadakan, pada sekolah hanya dimeriahkan oleh para pelajar yang mengambil bahagian sedangkan yang tidak mengambil bahagian tidak hadir untuk memberi sokongan moral kepada rakan-rakan mereka yang mengambil bahagian.


Sebenarnya, kerjasama ini bukan sahaja dituntut dari kalangan pelajar sahaja, namun ia juga turut menuntut kerjasama dari semua pihak sekolah, apa tah lagi bila diperhatikan ada pihak masyarat yang sudi turut sama menghadirkan diri semasa Kejohanan ini.

Apa pun, tahniah kepada Rumah Sukan Syahbandar yang telah menjadi Johan pada tahun ini.  Kepada rumah sukan yang lain, usaha lagi pada tahun yang akan datang!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan