Star Q
Majlis bacaan Yaasin mingguan yang mula diperkenalkan se waktu Pn Hjh Sakdiah Saleh menjadi Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman dahulu, mulai Jumaat ini (22hb Februari 2013) akan terus diadakan di Dewan Al-Ghazali.
Disingkap dari segi sejarahnya, bacaan Yaasin mingguan di sekolah ini mula diadakan kerana memenuhi tuntutan waktu kokurikulum yang memerlukan semua guru dan pelajar mencatat 3 jam aktiviti setiap minggu. Oleh kerana pada waktu itu, kokurikulum SMK Tuanku Abdul Rahman hanya 2 jam 30 minit pada setiap Rabu, Pengetua pada masa itu telah mencadangkan 30 minit diambil pada hari Jumaat untuk bacaan Yaasin (sesi Moral untuk para guru dan pelajar Cina dan India) untuk mencukupkan 3 jam tersebut.
Waktu pengajaran dan pembelajaran yang biasanya bermula pada jam 7.40 pagi, bagi hari Jumaat ia dilewatkan ke jam 8.00 pagi untuk memberi ruang sesi tersebut bermula dari jam 7.30 pagi hingga ham 8.00 pagi. Dengan itu juga, selesai waktu persekolahan juga turut menjadi 20 minit lewat dari jam 12.00 tengahari kepada 12.20 tengahari.
Namun demikian, se bagai meneruskan perkara yang baik, walaupun waktu kokurikulum sekolah ini telah pun dipanjangkan kepada 3 jam mulai tahun 2012, majlis bacaan Yaasin (dan Moral) tetap juga diteruskan. Ini juga bermakna, warga Pra-U tidak lagi dapat mengimarahkan surau di kompleks mereka dengan majlis bacaan Yaasin mingguan mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan