Sabtu, 23 Februari 2013

Jom Masuk U!

Star Q


Para pelajar Pra-U yang berminat untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kemasukan ke IPTA dan IPTS, telah mengadakan satu lawatan ke MITC, Melaka.  Lawatan yang disertai oleh lebih dari tiga puluh lima orang pelajar Pra-U telah bertolak dari perkarangan tempat letak bas di sekolah pada jam 9.00 pagi.

Lawatan yang dikelolakan oleh saudara Syahmi dari kelas 6 SKP (Atas) turut disertai oleh seorang tenaga penagajar Pra-U SMKTAR, En Azmi bin Ali, yang menunggu mereka di tempat Karnival Jom Masuk U dilangsungkan.  

Diharapkan lawatan mereka ke karnival ini akan dapat membuka mata mereka kepada peluang-peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi samada awam mahu pun swasta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan