Sabtu, 2 Mac 2013

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 34

Star Q



Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa Guru SMK Tuanku Abdul Rahman kali ke 34 telah diadakan mulai jam 2.30 petang, 28hb Februari 2013 bertempat di Dewan Al-Ghazali.


Mesyuarat kali ini telah menyaksikan perlantikan semula ahli jawatankuasa sesi 2012/13 ke sesi 2013/2014. Namun begitu, dua jawatan ahli biasa terpaksa diganti kerana ahli-ahli tersebut menarik diri memandangkan mereka tidak lagi anak-anak yang bersekolah di SMKTAR.  

Mesyuarat kali ini juga menyaksikan kehadiran ibu-bapa yang agak luar biasa ramainya.  Ini mungkin insentif yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah ini dengan kerjasama PIBG SMKTAR yang telah menyediakan hadiah-hadiah cabutan bertuah yang menarik termasuklah barang-barang letrik seperti pembakar roti dan kipas.  

Apa pun, diharapkan kehadiran ibu-bapa pada mesyuarat agung PIBG pada tahun-tahun akan datang lebih terdorong kerana ingin memastikan kemajuan anak-anak mereka, seiring dengan matlamat sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan