Sabtu, 9 Mac 2013

Perkemahan Perdana di Kem Asahan

Star Q


Unit Kokurikulum SMK Tuanku Abdul Rahman telah mengadakan Perkemahan Perdana yang bertempat di Kem Asahan, Melaka bermula dari 8hb Mac 2013 hingga 10hb Mac 2013.  Perkemahan ini disertai oleh 20 orang pelajar dari setiap unit beruniform aliran perdana yang terdapat di sekolah ini.  Oleh kerana para pelajar Pra-U menduduki Peperiksaan MUET bertulis mereka pada 8hb Mac 2013, maka mereka tidak disenaraikan sebagai peserta.

Tenaga pengajar Pra-U yang mulanya tidak disenaraikan sebagai antara guru yang bertugas pada perkemahan tersebut, telah turut disenaraikan.  Apa yang menyeronokkan di sini ialah, semua tenaga pengajar Pra-U telah diberi tugas untuk memasak makanan para peserta dan guru-guru bertugas.  Antara tenaga pengajar Pra-U yang kelihatan dalam gambar di atas ialah Pn Norshafidah, Pn Norsyafiqin, Pn Marshida dan En Rozy Ramli.

Tenaga pengajar Pra-U berterima kasih kepada Unit Kokurikulum kerana walaupun aktiviti perkemahan itu khusus untuk pelajar aliran perdana, namun penglibatan kami turut diperlukan juga.  Kami berjanji akan turut melibatkan semua guru aliran perdana bila kami mengadakan sebarang aktiviti di peringkat Pra-U.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan