Isnin, 18 Mac 2013

Tahniah Lulusan STPM 2012

Star Q



Pada jam 2.00 petang, 18hb Mac 2013, bertempat di Dewan Al- Ghazali SMK Tuanku Abdul Rahman, telah diadakan majlis penyerahan slip keputusan STPM 2012.  Kebanyakan bekas pelajar Pra-U yang hadir untuk mengambil keputusan mereka, telah menepati jangkaan para tenaga pengajar Pra-U.

Antara tenaga pengajar yang hadir sama dalam majlis itu termasuklah Guru Penolong Kanan Pra-U sendiri En. Mohd Yusof bin Bujai, guru-guru kelas (2012) yang terdiri dari En. Azmi bin Ali, Pn. Gan Chui Hiong dan Pn. Siti Helena bt Malawi.  Turut hadir ialah Pn. Zaini Yusop, Pn. Adek Noor Suliati dan penulis sendiri.  Tenaga pengajar Pra-U yang lain tidak dapat hadir untuk menyaksikan keriangan di wajah anak-anak didik mereka dan sama-sama meraikan detik bersejarah tersebut kerana mereka sendiri melaksanakan tuntutan tugas lain iaitu mengikuti lawatan penanda aras ke SBPI Selandar, Melaka.

Namun begitu majlis telah berlangsung dengan penuh riang bercampur emosi bila ada bekas pelajar yang terharu bila mendapat keputusan yang baik.

Sekalung tahniah kepada semua lulusan STPM 2012.  Terima kasih kerana telah menjadi kumpulan pelajar Pra-U yang telah memberi kepuasan mendidik kepada tenaga pengajar Pra-U SMK Tuanku Abdul Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan