Mesyuarat Agung Persatuan Ibu-Bapa Guru SMK Tuanku Abdul Rahman kali ke 34 telah diadakan mulai jam 2.30 petang, 28hb Februari 2013 bertempat di Dewan Al-Ghazali.
Walaupun tahun 2013 belum lagi menjengahkan wajahnya, namun tugasan guru sudah pun bermula sepertimana dengan guru-guru lain di seluruh pelusuk negara ini. Seperti kebiasaannya, tugasan pertama guru untuk tahun baru bermula seminggu awal sebelum penggal baru persekolahan dibuka.